Showing posts with label NEWS. Show all posts
Showing posts with label NEWS. Show all posts
Monday, 24 October 2011
Sunday, 16 October 2011
Wednesday, 31 August 2011
Takziah buat keluarga Pro Canselor UPSI.
Allahyarham DATO' SERI ABD. SHUKOR ABDULLAH
Takziah buat keluarga Pro Canselor UPSI.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan yang juga Ahli Dewan Negara Perak dan Pro Canselor UPSI, Tan Sri Abdul Shukor, kembali ke rahmatullah pada jam 1.20 pagi tadi.
Jenazah dimandikan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang, Taiping dan dibawa ke Putrajaya jam 10 pagi tadi untuk dikebumikan selepas Asar.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah berangkat jam 9.45 pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir dan bersama-sama menyembahyangkan jenazah.
Labels:
NEWS
Wednesday, 10 August 2011
SARANAN BUAT SEMUA MAHASISWA
Tanjong Malim, 10 Ogos - Exco Akademik & Kerjaya menyarankan agar semua mahasiswa/i upsi supaya bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh MPP,persatuan,dan sebagainya agar anda semua tidak menjadi siswa/i yang lesu, tidak berdaya saing dan akhirnya graduan UPSI tidak diutamakan oleh KPM.Berhubung masalah ini saya sudahpun menghubungi pihak KPM tidak lama dahulu dan jawapan yang diberikan oleh mereka adalah anda semua akan mengisi borang e-gst dalam pertengahan atau selepas bulan september nanti.
Sabarlah untuk sedikit masa dan carilah pengalaman yang lain terlebih dahulu.Anda semua akan posting cuma lambat dan cepat sahaja dan saya yakin siswa/i yang tidak aktif semasa sepanjang pengajiannya dalam bidang lain dia akan merasa bimbang kerana dia tahu akan persaingan yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang ini. Kami dari barisan MPP memandang serius dan tidak pernah tidur seperti yang diperkatakan oleh pengadu tersebut.
Hakikatnya untuk merintis perjalanan bagi memastikan UPSI di landasan yang betul telah lama dilakukan oleh kami dan usaha tersebut tidak perlulah kami hebahkan sehingga ianya betul-betul berjaya. Oleh itu, harapan saya sendiri kepada anda semua agar mencari pengalaman yang lain dahulu sementara menunggu untuk ditempatkan di sekolah. Cuma lambat dan cepat sahaja.Jadi, carilah pengalaman lain terlebih dahulu sementara menunggu untuk ditempatkan di sekolah kelak. Janganlah kita terlalu mengharapkan tongkat yang diberikan kepada kita sahaja sehingga terlalu bergantung kepada tongkat tersebut dan terlalu selesa, sebaliknya kita perlu bersedia dengan tongkat yang semakin hari semakin lusuh itu.
Sabarlah untuk sedikit masa dan carilah pengalaman yang lain terlebih dahulu.Anda semua akan posting cuma lambat dan cepat sahaja dan saya yakin siswa/i yang tidak aktif semasa sepanjang pengajiannya dalam bidang lain dia akan merasa bimbang kerana dia tahu akan persaingan yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang ini. Kami dari barisan MPP memandang serius dan tidak pernah tidur seperti yang diperkatakan oleh pengadu tersebut.
Hakikatnya untuk merintis perjalanan bagi memastikan UPSI di landasan yang betul telah lama dilakukan oleh kami dan usaha tersebut tidak perlulah kami hebahkan sehingga ianya betul-betul berjaya. Oleh itu, harapan saya sendiri kepada anda semua agar mencari pengalaman yang lain dahulu sementara menunggu untuk ditempatkan di sekolah. Cuma lambat dan cepat sahaja.Jadi, carilah pengalaman lain terlebih dahulu sementara menunggu untuk ditempatkan di sekolah kelak. Janganlah kita terlalu mengharapkan tongkat yang diberikan kepada kita sahaja sehingga terlalu bergantung kepada tongkat tersebut dan terlalu selesa, sebaliknya kita perlu bersedia dengan tongkat yang semakin hari semakin lusuh itu.
Labels:
NEWS
Monday, 1 August 2011
SALAM RAMADHAN
Kami, barisan Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan selamat berpuasa kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Islam seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia.
Labels:
NEWS
Wednesday, 27 July 2011
PROGRAM PENGAJIAN MALAYSIA TELAH DIIKTIRAF
Tanjong Malim, 27 Julai - Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Dr Suhaili Yusri b. Che Ngah menjelaskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya baru-baru ini telah memutuskan bahawa JPA telah mengiktirafkan program Ijazah Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.
Dalam hal berkaitan, program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah.
Labels:
NEWS
Thursday, 21 July 2011
PESTA KONVOKESYEN KALI KE 13
Tanjong Malim, 21 Julai - Pesta Konvokesyen bakal berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dengan membawa slogan " Mengilhamkan Harapan, Menggarap Impian " menjadikan suasana Istiadat Konvoksyen ke 13 sidang pertama meriah dan ceria. Pesta Konvokesyen ke-13 ini adalah kesinambungan pesta yang berlangsung pada sidang yang lepas. Pesta ini merupakan wadah untuk menemukan mahasiswa, keluarga pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Pesta ini menampilkan imej mahasiswa sebagai pemangkin kepada era perubahan minda dan fizikal kearah mencapai wawasan 2020. Dalam mencari pengalaman melalui setiap program yang dijalankan, mahasiswa akan beranggapan bahawa setiap
pengalaman yang diperolehi dapat mencetus revolusi iaitu perubahan yang dapat mencorakkan sesuatu perkara baru berdasarkan pengalaman yang diperolehi seiring dengan konsep "1Malaysia". Program ini dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pesta kali ini ditajakan khas oleh ADABI sebagai penaja utama dan penaja bersama adalah LES'COPAQUE, A&W, MYTV3, KARANGKRAF, dan PTS Publication
Labels:
NEWS
Tuesday, 19 July 2011
TIMBALAN NAIB CANSELOR UPSI BAHARU
Tanjong Malim, 19 Julai - Universiti Pendidikan Sultan Idris menerima seorang Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang baharu. Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar berkuatkuasa 1 Julai 2011. Beliau menggantikan Profesor Dr. Shaharudin Abdul Aziz yang tamat tempoh perkhidmatan. Datuk Paduka berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Sosiologi Industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. Sebagai diplomat di Kedutaan Besar Malaysia
di Jakarta, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani permasalahan pelajar-pelajar khasnya semasa krisis di Indonesia seperti gempa bumi di Padang, bencana gunung Merapi di Jogjakarta dan rusuhan anti-Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam dunia korporat kerana pernah bertugas sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Sumber Manusia di Proton HOldings Berhad. Sementara itu, Datuk berkata, pengalaman sebagai diplomat dalam dunia korporat dan akademik diharap dapat membantu mahasiswa dalam meningkatkan kemampuan pembangunan insaniah.
Labels:
NEWS
Sunday, 26 June 2011
KUNJUNGAN DIBAWAH BAYU
Bitarasiswa, 26 Jun - Delegasi Bayu akhirnya menjejakkan kaki ke bumi keramat, iaitu Tanjong Malim. Kehadiran mereka disambut oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Difahamkan, mereka telah menjelajah ke seluruh Universiti di Semenanjung untuk melawat sahabat-sahabat MPP disamping berkongsi cetusan idea yang bermakna pada setiap pertemuan. Pertemuan antara dua pihak mencetusi sedikit sebanyak pengetahuan dan input berguna tentang pendidikan di luar bandar. Tidak dinafikan, pendidikan luar bandar di sesetengah tempat kurang sambutan terutama di kawasan pedalaman. Sekaligus, ramai anak-anak muda tercicir dari dunia pendidikan. Perkongsian berguna telah membuka minda para MPP dalam mencari kata sepakat supaya generasi muda tidak terabai dan idea-idea bernas ini pastinya akan diguna pada masa hadapan dalam merangka strategi yang betul dan dinamik.
Labels:
NEWS
Thursday, 9 June 2011
MASALAH UPSI JARING
Syukur Alhamdulillah, pihak MPP telah berjumpa sendiri dgn pengarah serta pegawai-pegawai Pusat ICT dan juga pegawai UPSI JARING yang mengendalikan Upsi Jaring dan membincangkan pelbagai masalah mengenai wifi Upsi.
Kami diberi penerangan terperinci mengenai system UPSI JARING. Berikut adalah pemasalahan yg sering timbul di kalangan pelajar:
1) No connection
2) Low signal strength
3) Very slow accessing websites
Faktor-faktor yg menyebabkan masalah ini timbul:
1) Laptop student yg melebihi 2tahun memnyebabkan masalah untuk detect wireless.
2) Pelajar yg sering menDOWNLOAD MOVIE mnyebabkan line menjadi SLOW/LEMBAB.
3) Jarak antara laptop dgn pemancar wireless terlalu jauh/tidak sesuai.
4) Cipset notebook student problem.
5) KHAR/KUO- masalah struktur bangunan yang mempunyai ketebalan. Menurut pegawai UPSI JARING, ketebalan dinding KHAR adalah salah satu faktor yg punca wireless tidak dpat menembusi dgn baik utk ke pengguna-pengguna Upsi Jaring.
Katanya lagi, kalau menggunakan banyak Adapter, ia akan menyebabkan Blind Spot pd line wireless.
Penggunaan Internet oleh pelajar UPSI
Protocol Percentage(%) Byte
UDP 71.032 % 72, 203, 435
HTTP 14.782 % 15, 026, 174
RTP Dynamic 5.558 % 5, 103, 213
DNS 3.066 % 2, 099, 568
H222 0.965 % 700, 278
Diperolehi drpd pihak JARING
UDP- digunakan utk menDOWNLOAD MOVIE
HTTP- website biasa
*Pihak Jaring dpt MENGESAN PELAJAR yg membuka laman-laman web yg TIDAK SEPATUTNYAmelalui drpd ID pelajar.
CARA PENCEGAHAN
Pelajar perlu mengACCESS ID yg sepatutnya mengikut TINGKAT BERAPA anda menginap.
Contoh Access ID – Upsi_Jaring_KHAR_LG = utk ground floor
Upsi_Jaring_KHAR_L1 = utk pelajar yg tinggal di level 1
Upsi_Jaring_KHAR_L2 = utk pelajar yg tinggal di level 2
Upsi_Jaring_KHAR_L3 = utk pelajar yg tinggal di level 3
hingga
Upsi_Jaring_KHAR_L9 = utk pelajar yg tinggal di level 9
BEGITU JUGA DGN PELAJAR DI KUO
Upsi_Jaring_KUO_LG = utk ground floor
Upsi_Jaring_KUO_L1 = utk pelajar yg tinggal di level 1
hingga
Upsi_Jaring_KUO_L4 = utk pelajar yg tinggal di level 4
JIKA ADA MASALAH SILA HUBUNGI PUSAT ICT DAN PERLU MEMBERITAHU ANDA TINGGAL DI LEVEL BERAPA KERANA PIHAK ICT MUDAH UTK DETECT MASALAH YG BERLAKU.

Labels:
NEWS
Wednesday, 8 June 2011
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Alhamdulillah MPP telahpun membuat kunjungan ke Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI...Kami sempat membincangkan banyak perkara yang berkaitan kepentingan mahasiswa/i serta kami juga sempat melontarkan beberapa pandangan demi kebaikan bersama.Kami juga telah mendapat informasi dari pihak Perpustakaan Tuanku Bainun tentang beberapa perkara berikut:
1) Mahasiswa/i boleh pergi ke mana2 perpustakaan IPTA yg lain untuk membuat rujukan
2) Proses pinjaman buku dari perpustakaan IPTA yg lain boleh dilakukan dgn mengemukakan judul buku yg berkaitan kepada pihak perpustakaan Tuanku bainun dan pihak mereka akan tolong meminjamkan bg pihak mahasiswa/i.
3) Perkhidmatan fotokopi adalah dari syarikat luar dan bukannya kepunyaan perpustakaan Tuanku Bainun.
4) Mahasiswa/i digalakkan utk bertanya pada penasihat pembaca yg berada di hadapan kaunter sirkulasi.boleh bertanya apa saja berkaitan perpustakaan Tuanku Bainun.
5) Mahasiswa/i boleh memohon untuk diadakan satu sesi tutorial/kelas tentang penggunaan perpustakaan (terbuka pd mereka yg kurang arif tntg penggunaan bahan di perpustakaan).
6) Buku yang sudah berada pada tahap "Final Processing" yg sudahpun ada di dalam perpustakaan boleh dipinjam dgn syarat siswa/i membuat permohonan melalui borang yg disediakan dan buku tersebut akan diproses dgn kadar segera.
7) Mahasiswa/i juga boleh memberitahu kepada pihak perpustakaan mengenai JUDUL buku yg kurang dan patut disediakan ( boleh dtg ke pjbt MPP utk nyatakan judul buku tersebut)
8) Mahasiswa/i digalakkan supaya tidak membuat kenyataan umum mengenai buku yg berkurangan sebaliknya haruslah menyatakan apakah judul buku tersebut supaya pihak perpustakaan dapat mengenal pasti buku tersebut.
Antara masalah2 yg diutarakan :
1) Masalah pendrive yg tidak berfungsi ketika menggunakan komputer di Green IT.
2) Mesin penghantaran buku di luar yg tidak berfungsi dgn baik.
3) Komputer yg mempunyai OPAC tidak berfungsi.
4) Plug yg tidak mencukupi untuk siswa/i menggunakan laptop
5) Status buku sejarah yg berkurangan.
6) Tahap capaian Wifi di beberapa sudut yg kurang memuaskan.
7) Masalah2 yg berbangkit...
Untuk pengetahuan semua pihak perpustakaan telah menerima baik pandangan serta luahan dari MPP yg mewakili suara majoriti siswa/i UPSI dan mereka akan membuat beberapa penambahbaikan dalam perkhidmatan yg diberikan kepada semua pengguna.

Labels:
NEWS











