Sunday 16 October 2011

MAHASISWA DIHATI MASYARAKAT




Tanjong Malim: Satu program kemasyarakatan yang di anjurkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlangsung di Kampung Baru A, Hulu Bernam, Selangor Darul Ehsan. Program Keunggulan Mencipta Keperibadian merangkumi tiga siri, iaitu siri 1 “Mahasiswa Di Hati Masyrakat”, siri 2 “Kem Mencipta Keunggulan Mahasiswa” dan siri terakhir ialah “Seuntai Kasih Di Hati”. Siri satu yang telah berlangsung merupakan permulaan bagi mahasiswa/wi UPSI berinteraksi dengan masyarakat setempat seterusnya menerapkan satu keperibadian yang mampu di contohi oleh orang sekeliling. Menurut, pengarah program Keunggulan Mencipta Keperibadian saudari Noor Hazimah Husna Binti Mohd Johar “Program ini merupakan permulaan bagi peserta UPSI untuk melatih keperibadian masing-masing dalam menjayakan sebuah program kemasyarakatan. Walaupun terdapat banyak kekangan yang bakal dihadapai, setiap peserta perlu bersedia dari pelbagai sudut dan berfikir dengan pantas apabila tiba satu masalah. Pemikiran yang kreatif mampu melahirkan mahasiswa/wi yang berdaya saing dan tidak hanya menimba ilmu dari bilik-bilik kuliah.”

Aktiviti siri pertama ini lebih fokus kepada badan sihat, warga ceria. AJK aktiviti yang diketuai oleh Sufia Binti Yusoff bersama-sama dengan rakan seperjuangan Nor Azwani Bt Zainukin, Aminudin Bin Mohamed Kassim dan Ahmad Saufi Bin Murahman telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang terbuka kepada semua lapisan umur dan mampu mewujudkan kejelekitan antara mahasiswa/wi UPSI dengan penduduk kampung. Antaranya ialah senamrobik, jejak kasih, bowling kelapa, sambutan kasih, tarik tali, lari dalam guni dan tarik upih. Aktiviti ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi di padang Kampung Baru A.

Timbalan pengrah program, Shahrael Bin Abdul Kassim telah menghebahkan tentang kutipan amal kemboja kepada semua penduduk kampung melalui Pengerusi JKKK Kg Hulu Bernam Selatan, En. Abd Arif Bin Abdullah. Kutipan yang berbentuk pakaian terpakai di kumpulkan di Dewan Balai Raya Hulu Bernam, menurut Shahrael, “Kutipan ini bertujuan untuk membantu masyarakat islam di Kemboja yang berada dalam keadaan serba kekurangan, maka dengan kutipan amal ini masyarakat di sana dapat mengurangkan sedikit kesusahan yang dialami”.

Seterusnya, majlis perasmian dan penutupan yang ketuai oleh Cik Shariza Haryati Bte Zabri, Penolong Pendaftar, Unit Latihan Pelajar dan Pengucapan Awam, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris, menurutnya “Semoga ukhwah yang terjalin melalui program sebegini tidak hanya tamat di sini dan mengharapkan agar program kemasyarakatan dapat diperluaskan lagi dan bukan hanya di sekitar Tanjong Malim malah di seluruh tempat”.

“Terima kasih kepada semua penduduk kampung yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Program Mahasiswa Di Hati Masyarakat, banyak ilmu yang kami pelajari sepanjang program in berlangsung dan mengharapkan agar program sebegini dapat di teruskan pada masa-masa akan datang” kata pengrah program.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...