Wednesday 10 August 2011

SARANAN BUAT SEMUA MAHASISWA

Tanjong Malim, 10 Ogos - Exco Akademik & Kerjaya menyarankan agar semua mahasiswa/i upsi supaya bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh MPP,persatuan,dan sebagainya agar anda semua tidak menjadi siswa/i yang lesu, tidak berdaya saing dan akhirnya graduan UPSI tidak diutamakan oleh KPM.Berhubung masalah ini saya sudahpun menghubungi pihak KPM tidak lama dahulu dan jawapan yang diberikan oleh mereka adalah anda semua akan mengisi borang e-gst dalam pertengahan atau selepas bulan september nanti. 
Sabarlah untuk sedikit masa dan carilah pengalaman yang lain terlebih dahulu.Anda semua akan posting cuma lambat dan cepat sahaja dan saya yakin siswa/i yang tidak aktif semasa sepanjang pengajiannya dalam bidang lain dia akan merasa bimbang kerana dia tahu akan persaingan yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang ini. Kami dari barisan MPP memandang serius dan tidak pernah tidur seperti yang diperkatakan oleh pengadu tersebut.
Hakikatnya untuk merintis perjalanan bagi memastikan UPSI di landasan yang betul telah lama dilakukan oleh kami dan usaha tersebut tidak perlulah kami hebahkan sehingga ianya betul-betul berjaya. Oleh itu, harapan saya sendiri kepada anda semua agar mencari pengalaman yang lain dahulu sementara menunggu untuk ditempatkan di sekolah. Cuma lambat dan cepat sahaja.Jadi, carilah pengalaman lain terlebih dahulu sementara menunggu untuk ditempatkan di sekolah kelak. Janganlah kita terlalu mengharapkan tongkat yang diberikan kepada kita sahaja sehingga terlalu bergantung kepada tongkat tersebut dan terlalu selesa, sebaliknya kita perlu bersedia dengan tongkat yang semakin hari semakin lusuh itu.


Maklum balas dari Biro Pengaduan Awam:

UPSI sejak 1997 sehinggalah ke hari ini masih terus menawarkan program pendidikan guru peringkat sarjana muda. Sehingga kini UPSI telah menawarkan sebanyak 44 program pendidikan guru, menyediakan guru yang akan mengajar pelbagai mata pelajaran peringkat sekolah menengah.
Pengambilan pelajar ke program pendidikan guru di IPTA adalah berlandaskan ujuran yang dibuat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) pada setiap tahun. Kepada UPSI biasanya diunjurkan sekitar 50% hingga 60% pelajar, iaitu dalam lingkungan 2,300 orang pelajar baharu setiap kali pengambilan. Bakinya diagihkan kepada 13 buah IPTA lain yang juga menawarkan program pendidikan ijazah pertama.
     Disebabkan unjuran dibuat KPM,terdapat beberapa program pendidikan guru terpaksa diberhentikan penawaran kerana tiada unjuran dibuat KPM. Sebagai contoh UPSI sudah dua tahun tidak menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Pendidikan Ekonomi,Pendidikan Perdagangan dan Pendidikan Teknologi Komunikasi Maklumat atau ICT kerana tiada keperluan daripada KPM. Ada program yang hanya dibenarkan mengambil 20 orang pelajar sahaja, sebab keperluan KPM hanya sebanyak itu dan UPSI tidak pernah melanggar permuafakatan baik dengan KPM yang telah wujud sekian lama. Tuduhan menyatakan UPSI tidak berunding dengan KPM dalam pengambilan bakal guru tidak benar.
   Setiap tahun lebih kurang 95% graduan program pendidikan guru UPSI, sama ada pemegang biasiswa KPM atau pinjaman PTPTN, berjaya menjadi guru di bawah KPM, cuma lambat atau cepat penempatan dibuat oleh KPM, bergantung kepada pelbagai faktor, misalnya kekosongan yang ada dan graduan lulus ujian INSAK serta temu duga,dan mendapat PNGK sekurangnya 2.75.
   Bagaimanapun,ada di kalangan graduan program ini yang berminat mengajar di sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah di bawah pelbagai agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Agama Negeri, Kolej MARA, Sekolah Antarabangsa dan sebagainya. Terdapat juga di antara mereka yang tidak menjadi guru tetapi memilih kerjaya lain yang memerlukan ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi semasa di UPSI. Berbekalkan ilmu dan kemahiran serta ditambah dengan kemahiran insaniah, graduan UPSI berjaya dalam kerjaya yang mereka ceburi selain daripada perguruan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...