Tuesday 19 July 2011

TIMBALAN NAIB CANSELOR UPSI BAHARU



Tanjong Malim, 19 Julai - Universiti Pendidikan Sultan Idris menerima seorang Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang baharu. Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar berkuatkuasa 1 Julai 2011. Beliau menggantikan Profesor Dr. Shaharudin Abdul Aziz yang tamat tempoh perkhidmatan. Datuk Paduka berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Sosiologi Industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. Sebagai diplomat di Kedutaan Besar Malaysia
di Jakarta, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani permasalahan pelajar-pelajar khasnya semasa krisis di Indonesia seperti gempa bumi di Padang, bencana gunung Merapi di Jogjakarta dan rusuhan anti-Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam dunia korporat kerana pernah bertugas sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Sumber Manusia di Proton HOldings Berhad. Sementara itu, Datuk berkata, pengalaman sebagai diplomat dalam dunia korporat dan akademik diharap dapat membantu mahasiswa dalam meningkatkan kemampuan pembangunan insaniah.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...