Sunday 26 June 2011

KUNJUNGAN DIBAWAH BAYU


Bitarasiswa, 26 Jun - Delegasi Bayu akhirnya menjejakkan kaki ke bumi keramat, iaitu Tanjong Malim. Kehadiran mereka disambut oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Difahamkan, mereka telah menjelajah ke seluruh Universiti di Semenanjung untuk melawat sahabat-sahabat MPP disamping berkongsi cetusan idea yang bermakna pada setiap pertemuan. Pertemuan antara dua pihak mencetusi sedikit sebanyak pengetahuan dan input berguna tentang pendidikan di luar bandar. Tidak dinafikan, pendidikan luar bandar di sesetengah tempat kurang sambutan terutama di kawasan pedalaman. Sekaligus, ramai anak-anak muda tercicir dari dunia pendidikan. Perkongsian berguna telah membuka minda para MPP dalam mencari kata sepakat supaya generasi muda tidak terabai dan idea-idea bernas ini pastinya akan diguna pada masa hadapan dalam merangka strategi yang betul dan dinamik.


Untitled-1    Untitled-2

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...