Wednesday 8 June 2011

PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,
Alhamdulillah MPP telahpun membuat kunjungan ke Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI...Kami sempat membincangkan banyak perkara yang berkaitan kepentingan mahasiswa/i serta kami juga sempat melontarkan beberapa pandangan demi kebaikan bersama.Kami juga telah mendapat informasi dari pihak Perpustakaan Tuanku Bainun tentang beberapa perkara berikut:

1) Mahasiswa/i boleh pergi ke mana2 perpustakaan IPTA yg lain untuk membuat rujukan
2) Proses pinjaman buku dari perpustakaan IPTA yg lain boleh dilakukan dgn mengemukakan judul buku yg berkaitan kepada pihak perpustakaan Tuanku bainun dan pihak mereka akan tolong meminjamkan bg pihak mahasiswa/i.
3) Perkhidmatan fotokopi adalah dari syarikat luar dan bukannya kepunyaan perpustakaan Tuanku Bainun.
4) Mahasiswa/i digalakkan utk bertanya pada penasihat pembaca yg berada di hadapan kaunter sirkulasi.boleh bertanya apa saja berkaitan perpustakaan Tuanku Bainun.
5) Mahasiswa/i boleh memohon untuk diadakan satu sesi tutorial/kelas tentang penggunaan perpustakaan (terbuka pd mereka yg kurang arif tntg penggunaan bahan di perpustakaan).
6) Buku yang sudah berada pada tahap "Final Processing" yg sudahpun ada di dalam perpustakaan boleh dipinjam dgn syarat siswa/i membuat permohonan melalui borang yg disediakan dan buku tersebut akan diproses dgn kadar segera.
7) Mahasiswa/i juga boleh memberitahu kepada pihak perpustakaan mengenai JUDUL buku yg kurang dan patut disediakan ( boleh dtg ke pjbt MPP utk nyatakan judul buku tersebut)
8) Mahasiswa/i digalakkan supaya tidak membuat kenyataan umum mengenai buku yg berkurangan sebaliknya haruslah menyatakan apakah judul buku tersebut supaya pihak perpustakaan dapat mengenal pasti buku tersebut.

Antara masalah2 yg diutarakan :

1) Masalah pendrive yg tidak berfungsi ketika menggunakan komputer di Green IT.
2) Mesin penghantaran buku di luar yg tidak berfungsi dgn baik.
3) Komputer yg mempunyai OPAC tidak berfungsi.
4) Plug yg tidak mencukupi untuk siswa/i menggunakan laptop
5) Status buku sejarah yg berkurangan.
6) Tahap capaian Wifi di beberapa sudut yg kurang memuaskan.
7) Masalah2 yg berbangkit...

Untuk pengetahuan semua pihak perpustakaan telah menerima baik pandangan serta luahan dari MPP yg mewakili suara majoriti siswa/i UPSI dan mereka akan membuat beberapa penambahbaikan dalam perkhidmatan yg diberikan kepada semua pengguna.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...