Saturday 20 August 2011

Ucapan khas YDP kepada Mahasiswa Universiti Islam Gaza

Assalamualaikum W.B.T , salam perjuangan, dan salam perpaduan.


Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat saya menghasilkan teks kata-kata semangat, harapan dan sokongan saya bagi mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris 2011 dan seluruh warga kampus UPSI yang ditujukan khas untuk mahasiswa/i Universiti Islam Gaza dan seluruh rakyat Palestin. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari Malaysian Youth On Gaza Mission yang akan berangkat ke Ghazzah,Palestine. Kami menyokong penuh perjuangan murni kalian. Semoga usaha murni kalian sentiasa dibawah payung rahmat Allah S.W.T..

Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI berharap agar misi ini berjaya dan dapat membuka mata dunia akan kesengsaraan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin khususnya di Gaza dimana mereka memerlukan bantuan dan sokongan dari masyarakat dunia untuk meneruskan hidup dek kerana kesempitan hidup yang melanda akibat daripada serangan ganas rejim zionis yang meragut banyak nyawa yang  tidak berdosa. Buat mahasiswa Universiti Islam Gaza, kami berharap agar anda semua tabah menghadapi rintangan hidup dan tidak berputus asa dalam memperjuangkan hak dan milik anda. Kami juga berharap agar anda semua dapat meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan serba tidak lengkap kerana kami yakin dan percaya andalah generasi pemimpin akan datang yang akan memimpin dan mentadbir negara Palestin yang merdeka.

Akhir kata daripada kami, berjuanglah hingga titisan darah yang terakhir dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara anda dan disamping itu tuntutlah ilmu hingga tamat pengajian agar anda semua dapat menjadi generasi yang akan memimpin dan membawa pembaharuan dalam negara dan tidak lagi menjadi mangsa penindasan oleh rejim zionis. Semoga Allah S.W.T merahmati perjuangan anda semua. Allahuakbar!!!

Salam perjuangan,
Muhammad Afiq Fikri Bin Mislan.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...