Monday 22 August 2011

Ucapan Aidilfitri : Timbalan Yang Dipertua MPP UPSI


Ila hadrati birohmati fatihah....

Assalamualaikum W.B.T..Salam Ramadhan Al-Kareem..Salam Sejahtera..

Di kesempatan yang ada ini, ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dan inayahnya diberi peluang untuk memberi sedikit ingatan dan nasihat kepada semua mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Masa kian berlalu, ramadhan hampir melabuhkan tirai. Di akhir-akhir bulan ramadhan ini rebutlah sebanyak mana peluang untuk beribadah kepada Allah s.w.t kerana mungkin ini ramadhan terakhir buat diri kita maka kutiplah pahala yang ada agar tidak terbiar begitu sahaja. Moga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar, insyaALLAH..

اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka pada kemaafan maka maafkanlah kami..
Sebagai mahasiswa/i yang bakal mendidik anak bangsa jadikan ramadhan kali ini sebagai satu titik tolak untuk kita renungi dan muhasabah bagaimana suatu hari nanti, adakah kita mampu menjadi pendidik yang bukan setakat mengajar tetapi mendidik anak bangsa. Renung-renungkanlah..



InsyaALLAH anak bulan akan kelihatan pada 30 Ogos 2011, di kesempatan ini saya mewakili barisan MPP UPSI ingin mengucapkan salam aidilfitri ampun maaf dipinta. Kepada mahasiswa/i yang berada di kampus tercinta selamat pulang ke pangkuan keluarga, kami barisan MPP mendoakan agar selamat perjalanan pergi dan pulang kalian. Semoga lebaran kali ini akan disambut dengan penuh kesyukuran pada yang Esa dan berterima kasih kepada para pejuang terdahulu kerana negara kita hingga kini masih mengecapi kemerdekaan yang ke-54.

Seterusnya, kepada bakal anak kandung suluh budiman saya mengalu-alukan kehadiran kalian semua untuk mencari ilmu dan pengalaman di tempat yang penuh bersejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semoga dengan kehadiran kalian semua, mampu untuk UPSI melahirkan graduan-graduan yang berkualiti malah dapat mengharumkan lagi nama universiti kita.

Akhir kalam, bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan tetapi ia mampu untuk memberi impak yang positif kepada makhluk di sekeliling kita.

Transformasi Berkualiti, Hasil Dicontohi

Salam Lebaran, Salam Patriotik

Noor Hazimah Husna Binti Mohd Johar
Timbalan Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...