Monday 24 October 2011

Sunday 16 October 2011

Wednesday 12 October 2011

Hasil Pertemuan MPP bersama PTJ Akademik

Sebelum ini, pelbagai persoalan yang timbul dalam kalangan mahasiswa mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik. Sehubungan dengan itu,,barisan MPP telah memanjangkan persoalan-persoalan mereka kepada pihak PTJ Akademik dalam satu pertemuan pada petang tadi. Berikut adalah  jawapan hasil daripada perbincangan yang dilakukan oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar bersama-sama pihak Akademik UPSI pada pertemuan Ramah Mesra PTJ Akademik bersama MPP.

1. Semester berapa pelajar akan memulakan Latihan Mengajar ( Praktikum) ?

Jawapan : Semester 7, tiada sebarang perubahan setakat ini. Ura-ura akan kembali pada semester 8 adalah khabar angin yang tidak betul.

2. Pelajar ingin menukar program ?

Jawapan : Tidak dibenarkan sama sekali kecuali ada kekosongan, untuk pengetahuan semua bilangan pelajar pendidikan adalah berdasarkan unjuran KPM dan kebiasaannya unjuran KPM adalah penuh. Kalau ada kekosongan baru dibenarkan.

3. Pelajar kurang jelas dengan semester khas/ pendek?

Jawapan: Roadshow sudah dilakukan sebelum ini tetapi kedatangan siswa/i sangat mendukacitakan.
Hasil daripada perbincangan utk menyelesaikan masalah: Hebahan akan diperhebatkan jika roadshow ingin dilaksanakan. Pihak Universiti, MPP dan yang berkenaan akan ambil tindakan.

4. Bila tarikh pelajar semester 5 akan berpraktikum pada semester 7 nanti ?

Jawapan: Pihak latihan Mengajar sudah memulakan perancangan dan menilai tarikh sesuai kerana waktu naik semester adalah bulan 9, adalah tidak sesuai untuk menjalankan latihan mengajar pada waktu tersebut.
Cadangan barisan MPP: Diawalkan tetapi mohon ambil kira kemasukan duit PTPTN dan KPM serta penaja-penaja lain agar masalah2 sebelum ini tidak berulang.
Tindakan: Pihak Akademik dan Latihan mengajar akan meneliti dan berusaha agar sebarang keputusan yang diambil tidak mendatangkan masalah kepada pelajar mengenai Latihan mengajar diawalkan.

5.Tarikh bergraduasi/konvokesyen?

Jawapan: Dijangka pada bulan Julai 2012, seramai 3900 mahasiswa akan bergraduasi. Belum ada keputusan muktamd.InshaAllah akan dilakukan di kampus baru.

6.Transkrip bagi pelajar bergraduasi?

Jawapan: Akan dikeluarkan awal, oleh yang demikian mahasiswa boleh mengisi borang posting jika dibuka walaupun belum bergraduasi, juga boleh memohon pekerjaan di kementerian lain seperti MARA, Politeknik dan sebagainya.

7.Pelajar diploma yang ingin meneruskan Ijazah di UPSI bagi bidang yang sama?

Jawapan: Perlu bersaing seperti pelajar lain tetapi diberi kelonggaran jam kredit (tahun semakin pendek) setelah berjaya melanjutkan degree di UPSI.

8. Kenapa pelajar bukan pendidikan perlu menamatkan pengajian selama 4 tahun juga?

Jawapan:Ini kerana pihak Universiti perlu mengikut ketetapan MQA, tetapi pelajar boleh memendekkan tahun manima 3 tahun dengan cara mengambil semester pendek atau menyempurnakan semua jam kredit sebelum sem lapan. (maknanya kalau sem 7 dah habis jam kredit maka anda dah boleh bergraduasi )

9. Pelajar bukan pendidikan perlu mengikut etika pakaian?

Jawapan : Perlu kerana anda mahasiswa/wi UPSI, etika pemakaian adalah undang2 yang harus dipatuhi oleh semua mahasiswa/wi UPSI.

10. Adakah semester khas akan diteruskan pada masa akan datang?

Jawapan : Semester Khas tetap diteruskan pada masa akan datang dan yuran tetap sama seperti sebelum ini dan ianya bukan paksaan. Hanya utk mahasiswa/I yg berkemampuan shj digalakkan utk mengambil semester khas ini.

11. Bilakah borang posting E-GST akan dibuka?

Jawapan : Pemberitahuan mengenai pengisian borang E-GST ini akan dimaklumkan oleh pihak KPM sendiri melalui Bahagian Sumber Manusia KPM yang akan dipaparkan di dlm laman sesawang KPM. Pelajar diminta utk ambil serius mengenai perkara ini.

12. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah jadual yg bertindih?

Jawapan : Pihak akademik telah member ruang dan peluang kpd mahasiswa/I utk menentukan masa kuliah, tempat dan sbgnya semasa minggu Pra-Pendaftaran dijalankan. Selain itu, kekangan bilik kuliah juga menjadi faktor sesetengah kuliah itu bertindih di dalam jadual. Kekangan pensyarah juga menjadi sebahagian drp sebab utama mengapa perkara ini berlaku. Diharapkan siswa/I dpt menggunakan masa Pra-Pendaftaran dgn sebaik mungkin utk mengatur jadual kuliah anda.

Info tambahan :
1. Bermula dari 17 Oktober 2011 pihak akademik akan membuka pendaftaran bagi subjek minor utk semester 2.
2. Pertukaran pelajar antara IPTA/Antarabangsa – Antara kelebihannya diberikan elaun makan/minum,penginapan oleh university terpilih. Passport/tiket ditanggung sepenuhnya oleh UPSI. Semua siswa/I digalakkan utk memohon.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Nazar M Zahidi M Azahar 05-4506312/ nazar@upsi.edu.my
Nor Suhaila Mokhtar 05-4506991/ sue@upsi.edu.my
Shahreena Kamall Khan 05-4506992/ rena_511@upsi.edu.my
Nor Asiah Yahya 05-4506992/ norasiah@upsi.edu.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...