Wednesday 27 July 2011

PROGRAM PENGAJIAN MALAYSIA TELAH DIIKTIRAF


Tanjong Malim, 27 Julai - Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Dr Suhaili Yusri b. Che Ngah menjelaskan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya baru-baru ini telah memutuskan bahawa  JPA telah mengiktirafkan program Ijazah Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.

Dalam hal berkaitan, program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah.

Thursday 21 July 2011

PESTA KONVOKESYEN KALI KE 13


Tanjong Malim, 21 Julai - Pesta Konvokesyen bakal berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dengan membawa slogan " Mengilhamkan Harapan, Menggarap Impian " menjadikan suasana Istiadat Konvoksyen ke 13 sidang pertama meriah dan ceria. Pesta Konvokesyen ke-13 ini adalah kesinambungan pesta yang berlangsung pada sidang yang lepas. Pesta ini merupakan wadah untuk menemukan mahasiswa, keluarga pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Pesta ini menampilkan imej mahasiswa sebagai pemangkin kepada era perubahan minda dan fizikal kearah mencapai wawasan 2020. Dalam mencari pengalaman melalui setiap program yang dijalankan, mahasiswa akan beranggapan bahawa setiap
pengalaman yang diperolehi dapat mencetus revolusi iaitu perubahan yang dapat mencorakkan sesuatu perkara baru berdasarkan pengalaman yang diperolehi seiring dengan konsep "1Malaysia". Program ini dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar 2011/2012 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pesta kali ini ditajakan khas oleh ADABI sebagai penaja utama dan penaja bersama adalah LES'COPAQUE, A&W, MYTV3, KARANGKRAF, dan PTS Publication

konvo_latest
       new2       POSTERPHOTOSTAT     New1

Tuesday 19 July 2011

TIMBALAN NAIB CANSELOR UPSI BAHARU



Tanjong Malim, 19 Julai - Universiti Pendidikan Sultan Idris menerima seorang Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang baharu. Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar berkuatkuasa 1 Julai 2011. Beliau menggantikan Profesor Dr. Shaharudin Abdul Aziz yang tamat tempoh perkhidmatan. Datuk Paduka berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Sosiologi Industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. Sebagai diplomat di Kedutaan Besar Malaysia
di Jakarta, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani permasalahan pelajar-pelajar khasnya semasa krisis di Indonesia seperti gempa bumi di Padang, bencana gunung Merapi di Jogjakarta dan rusuhan anti-Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam dunia korporat kerana pernah bertugas sebagai Penolong Pengurus dan Pengurus Sumber Manusia di Proton HOldings Berhad. Sementara itu, Datuk berkata, pengalaman sebagai diplomat dalam dunia korporat dan akademik diharap dapat membantu mahasiswa dalam meningkatkan kemampuan pembangunan insaniah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...